Profil Sekolah

Sejarah Sekolah


Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Perintis 1 terletak di bandar Nusa Jaya, Gelang Patah lebih kurang 32 kilometer dari Bandaraya Johor Bahru. Majlis penyerahan watikah pembukaan sekolah telah disempurnakan pada 3hbJanuari 2003 oleh Tuan Haji Miad Bin Haji Anuar, Ketua Unit Sekolah Rendah mewakili Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Sekolah ini dibangunkan di atas tanah seluas 4 hektar yang dirizabkan sebagai tapak sekolah rendah daripada kerajaan oleh pemaju perumahan Taman Nusa Perintis 1. Projek pembangunan yang bermula dari tahun 2001 berjaya disempurnakan pembinaannya pada Disember dengan kos perbelanjaan berjumlah RM 7.8 juta.
Selain daripada 30 buah bilik darjah, sekolah ini juga dilengkapi dengan Bilik Kemahiran Manipulatif, Dewan kecil, Bilik Muzik, Bilik Komputer, Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Pengembangan Staf, 2 buah Bilik Guru, Pejabat Pentadbiran, Bilik Pengurusan Kokurikulum, Bilik Pengurusan Hal Ehwal Murid, Bilik Pengurusan dan Stor Sukan, Bilik Persalinan, Klinik Rawatan Kesihatan dan Pergigian, Perpustakaan, Kantin, Medan 
Terbuka, Gelanggang Sepak Takraw, Gelanggang Badminton, Padang Serbaguna, Kedai Buku, Bilik Tayang, Bilik Surau dan Pendidikan Islam dan sebuah tapas perhimpunan yang terletak di bahagian tengah blok bangunan ini.
Murid- murid yang belajar di sekolah ini tinggal berhampiran di sekitar kawasan sekolah dan kampung-kampung yang berhampiran. Pada awal pembukaannya sekolah ini menampung sejumlah 282 orang murid tahun 1 hingga ke tahun 5. Jumlah murid-murid di sekolah ini dijangka bertambah dari semasa ke semasa dengan pesat berikutan pembinaan Bandar Nusa Jaya di Tebing Runtuh dan kepesatan pembangunan di Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Sehingga tahun 2008, bilangan murid sekolah ini seramai 541 orang. Bilangan kelas sebanyak 16 buah (tahun 1 hingga 6 dan 2 buah Pra Sekolah) dengan tenaga pengajarnya seramai 35 orang.

Visi

Sekolah Unggul Penjana
Generasi Terbilang

Misi

Membangun Potensi Individu
 Melalui Pendidikan Berkualiti

Objektif

  • Peratus kelulusan semua peperiksaan mencapai 80%
  • Mencapai Kedudukan sekurang-kurangnya tempat ketiga dalam semua pertandingan disertai pada peringkat zon
  • Membimbing murid ke arah sahsiah dan disiplin yang cemerlang

Falsafah

  • Bahawasanya murid sekolah ini mempunyai kebolehan dan potensi yang boleh dimajukan dan dipertingkatkan 
  • Bahawasanya para pendidik sekolah ini  berpengetahuan, bersemangat, cekap dan profesional untuk memberi pendidikan yang sempurna dan menyeluruh untuk memajukan murid-murid di sekolah ini
  • Bahawasanya kemudahan yang ada di sekolah ini dan tenaga penggerak dapat digembleng sepenuhnya untuk memajukan murid-murid agar dapat memberi sumbangan yang positif kepada negara
  • Bahawasanya pendidikan adalah satu proses berpanjangan yang memerlukan komitmen daripada ibu bapa, anggota mayarakat, guru-guru serta murid-murid sendiri

Lencana Sekolah



Lambang sumber ilmu yang harus diterokai. Juga melambangkan pegangan agama semua kaum di Malaysia seperti dalam prinsip Rukunegara 'Kepercayaan Kepada Tuhan'


Berhasrat melahirkan masyarakat saintifik dan progresif yang berdaya saing dan berpandangan jauh (futuristik) untuk mencapai aspirasi negara 


Aktif dalam bidang kokurikulum agar mencapai keseimbangan rohani dan jasmani

Melambangkan keberanian dan kegigihan dalam menghadapi cabaran
Melambangkan hidup berharmoni dan bekerjasama

Melambangkan ketaatan dan kesetiaan  kepada agama, bangsa dan negara yang berdaulat 

 

 


Bendera Sekolah


Lagu Sekolah


Cemerlang dan berwawasan, itulah cogan katanya
SK Nusa Perintis Satu sekolah yang tercinta
Pelajarnya putra putri gurunya mulia
Kejayaan Pendidikan, tetap kami usahakan
Keunggulan bidang sukan, jadi keutamaan           
Pada ibu bapa tercinta, kami taat dan setia
Belajar dan berilmu, agar capai cita-cita
Jadi rakyat yang cemerlang, pada nusa dan bangsa
Ciptaan : Tn Syed Abdullah B Mohamed (Pensyarah Muzik IPTI)